Sunday 18 September 2011

rumahku yang adventurous 2

Ok... sambung cerita semalam..

Lepas kitorang semua naik atas, kitorang mula lah fikir bukan-bukan. Sebab memang confirm yang tadi semua orang nampak wan kat depan bilik dier pakai telekung tapi kaki tak nampak lah kan da tangga halang. Lepas  lepak-lepak jap, zohor pulak dah nak habis. Akak aku ni alim jugak lah. Adik-beradik aku yang lain kalau belum baligh tuh jangan harap nak solat penuh, tapi dier nih memang rajin solat. Bangga mak bapak aku ader sorang anak beliau yang solehah..hahhaha..

Jadi, dier ni pun takut nak turun sorang-sorang. Bilik akak aku tuh kat tingkat tiga paling hujung sekali dekat pintu nak keluar. Bilik air pulak, ader dua jer semua kat bawah paling hujung dekat pintu dapur pulak. Kira nya mcm utara dengan selatan jugak lah beza nya. Sekarang ni, kitorang semua bertiga. Kalau akak aku turun berdua, sorang kene tinggal kat atas. Nak tak nak tiga-tiga pun turun sama, tapi kali ni turun relax-relax jer takder lah lari-lari. Habis ambil wuduk, naik balik atas nak sembahyang. Yang sembahyang nya akak aku sorang je time tu, aku ngan adik aku jadi guard je kut. Patutnya, time-time cam ni lah nak kene kuatkan pendinding, tapi tak pelah kut, budak-budak lagi ...di maafkan..takda akaun lagi..

Selesai semua sembahyang, wirid, doa, sambung lepak-lepak atas katil. Di sebabkan bosan duduk terperap dalam bilik kitorang pun main nyanyi-nyanyi. Yelah, kitorang bukan orang kaya, mana ada tv sebijik sorang dalam bilik. Paling banyak pon, setiap tingkat mesti ada tv sebijik. Playstation lagilah, ape ke binatang nya itu...Tapi sebab da takut, takda sape berani keluar bilik , aku yang kaki tv ni pun boleh tewas hari tu.

Yang hampeh nya, kitorang semua pergi pakat nyanyi lagu ulek mayang. Ye ULEK MAYANG.... tapi edited version lah... kitorang tukar lirik dia...buat versi gila-gila. Take 5 lepas nyanyi, ambil nafas jap, time tuh.....jeng-jeng...keluar lah bunyi-bunyian yang dalam edited lirik kitorang tadi.

Ini lirik asal( aku google wei...salahkan pak goo kalau lirik slah):

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Yang edited version( sila jangan gelak):

Yang bodoh di sepak-sepak
Yang bodoh di cubit-cubit
Yang bengong di lempang-lempang
Yang bengong di ketuk-ketuk


Ok, kitorang adik-beradik memang gila-gila sikit,  lagipon masa tu memang bosan gila kan itulah yang keluar semua lirik yang hampeh-hampeh tu.

Masa tu, kitorang dengar bunyi orang ketuk-ketuk dan tampar dinding. Ada juga dengar suara lelaki, ingatkan abang aku da balik. Kitorang jerit lah, nama abang aku. Tapi dia tak sahut pulak. Memang tak berani nak turun bawah untuk tinjau sapa yang datang ketuk-ketuk rumah. Lepas tu sambung balik nyanyi, ingat kan nak confirm kan bunyi-bunyi an asing tadi tuh. Kali ni lagi ganas, tak berhenti nyanyi lagi da dier ketuk-ketuk dengan tampar-tampar dinding ngan pintu.

Beberapa jam lepas tuh, barulah mak aku balik. Yeehaaa!!.. baru boleh sambung tengok tv, tadi takut. Dan memang sah, wan aku ikut sama ngan mak aku. Beberapa hari lepas tuh, jiran-jiran aku boleh perlekeh kan kitorang tau. Dia report ngan wan aku yang hari tuh, kitorang semua macam budak-budak yang hilang arah lah, dok lari-lari sambil  jerit-jerit panggil wan aku kat sekeliling rumah ngan rumah-rumah jiran. Ciss!.. aku tau diorang sebenarnya jeles sebab cucu diorang tak pernah cari diorang sampai mcm tu sekali.  Warga emas yang terpulau...

Yang lawak nya, jiran depan rumah aku ada cakap yang hari kejadian tu, ada orang indon kut datang jual kain.  Itu lah bunyi ketuk-ketuk pintu tu.Tapi bila tanya, indon tu laki ke perempuan, jiran aku cakap perempuan. Jadi persoalan nya suara lelaki yang jerit hoi!! Kat kitorang hari itu sapa sebenarnya???  Adakah indon itu perempuan yang bersuara lelaki???? Sampai sekarang aku konfius, dan ye, “wan” yang kitorang nampak tu pun masih lagi menjadi tanda soal a.k.a ?

Sebenarnya, cerita ni takda lah seram sangat sebab benda tu menjelma jadi arwah wan aku. Nampak suci je lah.  P/s wan aku hanya bela ayam ngan kucing je...jangan nak buat gossip liar pulak ek.

Sepanjang aku duduk dekat kampong tu, macam-macam da aku kene, cuma tak ganas saja lah. Nanti lah aku cerita ek.....adioss...

Friday 16 September 2011

rumahku yang adventurous

Mungkin cerita ni takder sape pon yang akan percaya, dan mungkin ada yang anggap aku reka-reka ini semua. Tapi yang penting..... cerita ini aku sendiri yang alami nyer dan ye... aku sajer yang tahu kebenarannyer...

Ok lah.. di pendekkan cerita.. kisah ini terjadi masa aku bersekolah rendah lagi...masa tu... aku ngan family still tinggal kat rumah kampong lagi.. yelah.. arwah wan a.ka. nenek masih hidup lagi. Oh ye, kat Negeri Sembilan ni, nenek di panggil wan tau.
So, ada lah satu petang yang aman damai, di mana unggas pon sedang riang ria menjalani kehidupan mereka, ayam saling berkokokkan bertanya khabar dengan rakan reban sebelah dan aku, ye, budak comel yang masih lagi innocent dan suci, bermain-main dengan kakak dan adikku di tingkat atas rumah kami.

Biasal, budak-budak zaman dulu, mana main Barbie doll, playstation sumer tuh. Kami semua main kung fu, main opera cina lah...hahahhaha... ke aku ngan adik-beradik aku jer yang main cam tuh.. entah lah tak sure...

So, petang tuh, kami tiga beradik pon macam biasa lah pergi main kat tingkat atas. Time tuh, best sikit, sebab dapat kostum. Hehehhe... apalagi kalo bukan jubah-jubah atau baju mengandung mak aku time muda-muda dulu lah. Petang tuh, kitorang main berlakon macam opera china....yelah kan.. kostum tu besar.,.. biler baju tuh di kebang-kebangnyer... mcm dalam cerite kung fu ajer...

Tengah sedap-sedap main tuh, aku betul-betul kan kejap kostum aku tuh, berdiri lah depan cermin meja solek, oh yer, cermik tu mmg dekat ngan laluan utuk turun ke tingkat bawah, meaningyer, aku memang tengah berdiri dekat depan tangga.  Rumah aku ni memang banyak cermin yer, tujuan nyer senang ajer, supaya kitorang sumer senag nak mencerminkan diri sendiri hahahahaah... ok2.. sambung balik...

Masa tu, aku nampka arwah wan aku( masa tuh belum arwah lagi ek) berdiri kat hujung tangga yang dekat tingkat bawah tuh. Bilik dier memang dekat hujung tangga tuh. Dier tengah pandang kitorang main plus berangan kat tingkat atas. Masa tuh dier tengah pakai telekung ngan kain pelekat yang , kirenyer memang dier tengah dressing nak sembahyang lah. Memang selalu lah nampak dia berdiri kat situ pakai telekung sumer. Aku yang memang jenis tak tau malu n sempoi ni terus cakap hai kat arwah wan aku sambil buat peace ngan muka tersengih. Adik beradik aku yang lain pon sama, siap panggil wan aku lagi. Tapi wan aku takda respon pon, pandang j kitorang.

Pastu, kitorang sambung je lah main macam takde apa-apa jadi. Sampai lah akak aku cakap kat kitorang, yang dier baru teringat, sebenarnyer time tuh kitorang bertiga jer kat rumah. Arwah wan aku baru jer pergi pekan ngan mak aku, even sebenarnyer adik aku aku yang lambai mereka time pergi sebelum tuh. Memang hampeh mamat ni, sampai skrg pon hampeh!

Apalagi, kitorang sumer pun  naik cuak lah. Terus berlari masuk bilik.But still, tahap keberanian atau kebodohan n kelurusan yang membuak-buak kat kitorang time tuh, telah member kitorang kekuatan untuk keluar dari  bilik dan pergi cari wan aku kat dalam rumah tuh. Rumah kitorang memang besar, 3 tingkat semuanyer, yang bilik wan aku kat tingkat 2. So, kitorang pon pergilah cari, siap jerit-jerit nama wan lagi. Da puas cari kat dalam rumah, kitorang pergi luar pulak. Siap pergi rumah-rumah jiran lagi, manalah tau kalau wan  aku pergi  bersosial kat rumah jiran pulak kan.

Pastu, kitorang berkumpul balik kat depan pintu rumah. Nak masuk sorang-sorang takut, biler sumer da tak jumper wan, terus masuk rumah dan pergi balik bilik kat tingkat atas tuh sambil berlari macam tak pijak tanah jugak lah, especially time part lalu kat depan bilik wan aku tuh.  Siap main tarik-tarik lagi, nasib baik takder saper pon yang jatuh tersungkur time tu.

Penat lah pulak menaip ni.... almaklumlah aku ni blogger baru, jari-jemari pon masih lagi kekok menaip.hahaha... nanti aku sambung balik na...