Friday, 16 December 2011

cindailah mana...

Ok... Aku nak cerita sebuah kisah yang aku rasa... erm... agak seram jugak laaa.. kisah ni berlaku time kat hostel universiti tempat aku study dulu... alkisahnye macam ni.. aku ni peminat setia Siti Nurhaliza... semua lagu-lagu dia aku hafal... boleh nyanyi dengan merdu lagi.. hehe :p so, time tu... lagu Siti yang paling popular ialah lagu-lagu berirama tradisional... macam lagu dondang dendang, lagu hati kama... dan yang paling aku suka lagu cindai... suara siti time ni.. fuhh... memang menyengat.. (sekarang pon still menyengat lagi) :p
setiap saat aku nyanyi lagu tuu.. especially part yang cindailah mana~~ tidak berhias~~ ....(sila sambung sendiri) dan kebetulan pulak, rumate aku pon suka dengan lagu tu... so, ape lagi... hari2 la kami nyanyi lagu yang sama... rumate aku ada radio yang sekali dengan kaset tu.. so.. biasanya rumate aku akan bukak lagu dulu sebelum kami tido... aku pon layan je la... lagi2 lagu yang aku minat... heaven gila time tido...

Nak di jadikan cerita, suatu hari tu.. aku tertido awal daripada rumate aku.. mungkin kerana keletihan selepas seharian mengejar ilmu... :p sedap2 tido.. aku terjaga.. tengok jam, baru pukul 3 pagi.. masih awal untuk bangun... lagipun aku uzur tak boleh nak mengerjakan solat tahajudd dan solat-solat sunat yang lain. Aku pandang sekeliling... aku tengok rumate aku masih terduduk tegak dekat kerusi meja belajar... rambutnya yang memang panjang dilepaskan... mula-mula hairan jugak aku.. sebab minah ni kalau time study, memang selalu sanggulkan rambut.. erm..

“mungkin sejuk kot malam ni... so, dia tak rasa rimas kalau lepas rambut..” bisikku..
Aku pon dengan ramah bertanya kepada rumate ku itu “ Wan, ko tak tido lagi? nanti time ko nak tido, perlahankan kipas ye... aku sejuk la...”

“erm...” balas Wan. Pendek. Ringkas.
Aik, ape kena dia ni... gaduh dengan boipren la tu. Wan ni dah ada boyfriend. Memang dah jadi lumrah, kalau dia gaduh dengan boyfriend dia, apa je yang kita cakap... apa je yang kita tanya.. dia akan jawab pendek je. Alah. orang tak de mood la katakan.

Aku pon malas nak cakap banyak. Aku nak sambung tidur. Baru je aku nak pejamkan mata, aku dengar kerusi study Wan diseret. Wan dah habis study. Aku buka sikit mata aku. Aku nampak dia perlahankan kipas dan terus berjalan menuju katil. Untuk pengetahuan korang, katil kami ni parallel to each other dan dipisahkan oleh sebuah lampu meja. Aku intai dia sikit. Aku nampak dia baring menghadap ke arah aku. Aku lihat matanya tertutup rapat. Sah! Dia mesti tengah bergaduh dengan boyfriend dia.

Aku pun tutup la mata. Niat nak sambung tidur yang tergendala. Tiba-tiba.. sayup kedengaran lagu cindai.. mendayu-dayu.. dalam hati aku, ni Wan la ni buka radio time nak tido. Aku pun layan la sekali lagu tu.. makin lama.. makin kuat lagu tu... mendayu-dayu.. mendayu-dayu.. Keadaan yang memang sedia ada sejuk menambahkan perasaan lain dalam hati aku. Peluh mula membasahi dahiku. Aku masih memejamkan mata. Aku dengar betul-betul lagu tu. Aku berharap sangat lagu tu cepat habis dan digantikan dengan lagu lain.

Fuhhh.. masa yang ditunggu-tunggu pon tiba. Lagu cindai yang agak menyeramkan tu pon dah abis. “Lepas ni mesti lagu hati kama.” detik hatiku. Hampir luruh jantungku

Tapi sangkaan aku nyata meleset. Wan pulak sambung nyanyi lagu cindai tu dengan mendayu-dayu. Oh Wan, apsal lah malam ni kau bersemangat sangat nyanyi lagu cindai ni. Makin lama, makin nyaring suara Wan. Aku bukak lah mata nak intai si Wan ni. Tapi apa yang aku Nampak adalah pengalaman seumur hidupku yang paling menakutkan. Sumpah , biarlah itu yang pertama dan kali terakhir aku menghadapinya.

Perlahan-lahan  aku membuka mataku. Aku nampak, sekujur tubuh berkain putih menhadap aku. Dalam samar- samar aku Nampak Wan pandang ke arah aku. Tapi rupa dia sangatlah menakutkan. Mata Wan bertukar menjadi merah menyala  sambil darah menitis-nitis keluar dari matanya. Makhluk tu menyeringai ke arah aku. Serta merta bilik aku bertukar menjadi sangat busuk. Aku nak lari, tapi mata aku terpaku ke arah makhluk tu.

Ya Allah … tuhan saja lah yang tahu betapa takutnya aku pada masa tu. Lepas tu bunyi kucing  bergaduh kat luar bilik  telah buat aku tersentap lalu dapat mengalihkan pandangan dari mata merah makhluk tu. Cepat-cepat aku bangun dari katil lalu berlari keluar bilik. Tapi setan tu memang lah jahat benar, serentak dengan itu, bilik aku dipenuhi dengan kabus  dan makhluk tadi terbang sambil mengilai ke arah tingkap.

Selepas tu aku tak ingat apa-apa dah. Sedar-sedar aje, Wan kejutkan aku. Seharian  aku demam, aku juga mengelakkan diri daripada Wan selama 3 hari.  Seminggu lepas tu, bila semangat aku da datang,baru aku berani ceritakan pada Wan apa yang telah terjadi.  Seperti yang aku jangka, malam tu Wan sebenarnya tak balik bilik pun. Dia pergi study kat bilik kawan.

Selepas kejadian itu, sumpah aku dah tak bukak radio malam-malam, lagu siti pun aku dah tak berani layan, especially lagu cindai yang berhantu tu!

Lepas tu sampai sekarang, kalau aku berjumpa dengan Wan, aku takkan pandang tepat ke arah mata Wan lagi. Biji mata merah yang berdarah tu masih lagi terimbau-imbau dalam memori aku.


stetoskop pink- 2

One new message  terpapar di skrin telefon ku.

“Ain petang ni result Medicine keluar tau, kau standby je lah kat fakulti. Cek kan sekali result aku tau.”

Biar betul Maria ni. “Ok ...nanti aku sms kan result kau”

“thanks...sayang kat kau!”

“yelah tu, nanti jgn lupa belanja aku bila dah dapat result”

“Yelah-yelah, kalau lulus boleh lah, kalau tak, kau kenelah temankan aku hiburkan hati aku yang berduka nanti. Hahahaha”

“poyo lah kau ni Maria, engkau kalau tak dapat A mesti B punya. Ok lah aku nak pergi solat dululah. Bye..”

“hehehe..ok bye..”

Hmmpphh.... petang ni result keluar...masih terngiang-ngiang lagi masa long case hari tu. Boleh lulus ke aku ni. Dah lah teori salah, tapi.... semua P/E yang aku buat betul. Arghhh.. lantaklah... berserah saja lah kat tuhan.. sekarang ni pun hanya miracle saja  yang boleh selamatkan aku dari fail posting medicine

“ assalamualaimum, Maria result dah keluar. Alhamdulillah, kita semua lulus. Kau dapat B, tahniah babe” ceria suara aku. Mestilah, aku memang tak yakin boleh lulus kali ini. Syukur ya Allah aku lulus jugak.

“ eh yeke, wah... Alhamdulillah lah.. tahniah jugak babe... kau dapat berapa?” Maria pun ceria, mestilah sebab dia antara yang pelajar yang mendapat markah tinggi.

“ oh aku, rendah lg dari kau”

“ alah, takperlah. Yang penting lulus, wei malam nanti celebrate nak? Jum kita pergi makan- makan?”

“emmm.. tak dapat lah, aku kene balik kampong petang ni. Mak aku kata ader emergency, aku pun tak tau pasal apa”

“ mak  kau tak sihat k? Nak aku ikut sekali tak?” Maria mula rasa cemas..

“eh takder lah, tadi aku borak ngan mak aku, macam ok je. Relax je suara mak aku. Tapi aku rasa ini macam pasal hal adik aku Shu tu. Emmm..dia nak tukar course lah tu, selama ni pun dia bukannya minat engineering.Tapi,  entah lah tak sure”

“ok, kalau macam tu aku keluar dengan budak-budak lain je lah. Jangan lupa kirim salam aku dekat mak ayah ko ek. Cakap dengan dia bakal menantu dia kirim salam..hahahha” sengal betul lah si Maria ni.

“ oit, bila masa pulak aku ada abang ni? Tapi kalau kau nak sangat jadi menantu mak aku, kau tunggulah adik aku si Amin tu besar lagi sepuluh tahun lagi. Ada sanggup?.. hahah..”

“ hahah..yelah..ok lah bye..asalammualaikum”

“Wa’alaikummusslam”
                                                                      ***
“ mak, apa semua ni. Orang kan dah cakap awal- awal lagi, orang tak nak kahwin dalam masa terdekat ni.” Gila kau, takkan lah aku yang baru umur 21 tahun ni nak kahwin sekarang. Belajar pun belum habis lagi.

“orang nak habiskan housemanship dulu baru fikir pasal kahwin”

Mak mula berkerut, ayah diam sahaja. Come on dad, side with me.......

“ayah, say something. Takkan lah ayah nak orang kahwin sekarang? Orang pun baru je masuk third year, banyak lagi benda yang orang kena tempuhi dulu baru boleh jadi doctor.” Please dad, side with me....

“ sebenarnya, ayah dengan mak hanya planning untuk tunangkan kau dengan dia saja dulu sebelum dia pergi sambung belajar. Nanti cuti semester, baru kamu akan menikah dengan dia. Tapi macam nikah gantung lah dulu, sebab dia kene habiskan lagi  tiga tahun dekat sana sebelum balik sini.” Ayah sama macam mak, tak nak tolong aku langsung....

“ ayah, mak.... takkan sanggup biarkan orang nikah gantung? Nanti kalau dia jumpa minah orang putih yang lawa kat sana macam mana? Nanti orang kena cerai atau pun kena bermadu? Pelase lah mak.. tak kesian ke kat orang ni. Dah lah tu, orang tak kenal pun dengan dia ni. Kalau iya pun nak suruh orang kahwin dengan pilihan mak dengan ayah, at least kasi lah tempuh dalam masa setahun untuk orang kenal hati budi dia dulu. Nanti di buatnya dia ni kaki perempuan ke, kaki pukul ke tak pun dia ni mereng ke, siapa jugak yang susah nanti” panjang lebar aku memprotes. Harap-harap mak akan lembut hati juga dengan aku. Tolonglah...aku tak ready nak settle down lagi, besides, aku sebenarnya dah da crush dengan somebody...

“ ayah nye... betul ke dengan apa yang kita buat ni? Kalau macam apa yang di cakap Ain ni betul, kita ni dah di kira menganiaya anak kita sendiri abang” yes..mak aku mula was-was dengan pendirian dia tadi.

“awaknya, kan kita dah bincang perkara ni banyak kali. Budak Amir tu baik orang nya, anak kawan kita jugak. Dia pergi  Korea tu pun bukan untuk main-main, dia pergi sambung belajar dekat situ.”

Amir??

 Macam pernah dengar lah nama ni sebelum ni...ehh.... dia ni yang dulu satu kelas dengan aku masa form 3 dulu, lepas tu, dia dapat masuk sekolah asrama. Tapi, aku tak suka dengan dia ni dulu, tak tahu kenapa dia suka buat muka masam dengan aku. Kalau dapat satu group pun, dia takkan bercakap dengan aku, pangil nama aku pun tak nak. Panggil hei-hei aja. Tapi apsal pula dia nak kahwin dengan aku ni? Jangan- jangan dia pun kene paksa juga.

“ ayah, orang kenal sangat dengan Amir ni”

“ hah, baguslah dah kenal. Dia tu memang budak baik”

“ ayah, orang tak suka dengan dia. Masa sekolah dulu dia pun tak suka dekat orang. Ini mesti plan ayah dengan bapa dia kan. Ayah, Amir tu pun bukan nya suka dekat orang, mesti dia pun kene paksa dengan mak bapa dia.”
                                                                              ***
 Lagi lima hari lagi, aku akan bertunang dengan Amir. Tapi pelik nya, mamat ni langsung tak de inisiatif nak contact aku. Biar betul ingat hal kahwin ni macam main masak-masak je ke.

Hal pertunanganku itu, aku rahsiakan dari kawan-kawan ku. Aku tak nak benda ni mengganggu konsentrasi aku dekat pelajaran. Nabi sendiri menggalakkan umatnya merahsiakan pertunangan dan menghebahkan pernikahan.Tapi sebenarnya, aku masih belum redha lagi dengan hal ini. Tak tahu kenapa, perasan aku pada senior aku, Jimmy, semakin kuat.

Tapi, kadang-kadang aku cari juga si Amir ni dekat dalam Facebook. Yelah kan, nak jugak tahu macam mana orang nya. Kali terakhir jumpa pun masa umur 15 tahun, sekarang mesti da berubah banyak kan. Tapi, dia tak selalu online, jarang gila update status. Ehmmm... bagus.. meaning nya dia tak suka perkara-perkara lagha... ataupun die memang tak main facebook tapi main myspace, twitter and redtube? Redtube???  Euww....

“oit! Sapa Amir ni? Sedap kau stalk dia” Maria!... heart attack aku dibuat nya.

“ wa’alaikummusalam.....takder lah dia ni kawan sekolah dulu” balas aku selamba, lain kali masuk bilik orang kasi salam sama ketuk pintu dulu. Ini minah adab kurang woi...

“ asalammualaikum cik Ain Zulaikha bt Che Asri”  di cubit nya pipi aku sambil beri salam betul-betul dekat telingaku.

“woi, pekak nanti aku wei. Camner nak dengar stetoskop pink aku ni nanti?” aku menepis Maria.

“ tadi aku kasi salam sama ketuk pintu kau tak dengar, tu lah mengelamun memikirkan abang Jimmmy lah tu?” tettt..! tak tepat sama sekali Cik Maria oii....

“wei!!.. kawan aku ni angau sama Jimmy wei!!” selamba saja si Maria terpekik dekat tepi tingkap aku.
Cepat-cepat aku tarik  dia masuk. Aku tengok dekat bawah, ada lebih kurang 3-4 orang sahaja. Nasib baik, kalau tak tercemar imej bersih aku selama ini.

“ oit, kau gila ke ape? Nasib baik kat bawah tak ramai orang. Matilah aku kalau budak-budak ni tau pasal ni.” Masam sudah muka aku...malulah kalau abang Jimmy tahu..

“eleh, malu orang lain tahu ke malu abang Jimmy tahu? Dahlah kau, dulu tak nak mengaku suka kat abang Jimmy tu,  hari ni malu lah pulak. Kalau tak suka buat apa malu. Hohohoh”minah ni... memang mencabar keimanan aku sungguh..

whatever lah cik Maria Ozawa.... apa kes kau datang sini ni? Nak beramah-tamah aje ke?”. Change the subject, kalau tak lagi banyak boleh terkantoi ngan si Maria ni.

“ aku nak ajak kau pergi hospital ni. Jum, kita conduct labour malam ni?”

“ malam ni? Ok, tapi aku nak pegi lepas maghrib boleh? Malas lah nak sembahyang kat sana tu”

“ok, kau drive ek? Hehehe” sambil buat muka comel macam nak mintak pelempang si Maria ni.

“ fine, aku drive!”

“hehehhe.. thank you honey! Mmuuuahh!” yucks... dicium nya pipi aku..melekit tau, lip gloss si Maria ni dah lah tebal. Bau cherry.. emmm..yummy..
                                                                  ***
“ Ain, aku penat lah. Apa kata kita balik je dulu. Dah pukul 1 pagi dah ni, dari tadi tunggu turn nak conduct tak dapat-dapat pun. Apsal lah malam ni banyak patient yang ada complication? Huh..penat dah aku berdiri ni” dari pukul 8 malam tadi lagi, Maria dan aku menunggu giliran untuk conduct. Tapi memang malam ini ramai patient yang ada complication yang masuk labour ward. Jadi student medic tak dibenarkan untuk conduct patient ni.

“ok lah, jum balik. Tapi besok aku nak balik kampong tau.” Nampaknya, minggu depan saja lah aku boleh conduct ni.

“Lah, apsal pulak? Aku baru nak ajak kau try conduct weekend ni”.

“ saja je, aku rindu dengan mak ayah, adik , makcik pakcik, jiran-jiran sekampung dengan tu hah abang Mail yang jual roti canai kat kampong aku tuh” Maria terus mencubit tangan aku. Mana tak nya, boleh pulak aku buat lawak bodoh dekat dia time-time letih gila ni.

“aduh..sakitlah woi.. aku balik saje-saje lah.” Sebenarnya kali ni aku balik untuk buat preparation hari pertunangan aku nanti. Kalau ikutkan hati, memang aku tak nak balik langsung. Ini pun sudah last minute baru aku balik.

... selalunya, aku tengok dalam tv, semua perempuan akan teruja dengan majlis pertunangan dan perkahwinan mereka.  Tapi, bagi aku, ini semua adalah satu gurauan yang kejam. Sangat kejam.... sampai hari ni, mak dengan ayah masih berkeras lagi nak menjodohkan aku dengan Amir. Entah apalah yang hebat sangat dengan Amir tu sampai orang tua aku macam kena guna-guna aje, nak jugak suruh aku kahwin dengan dia.

Seriously, when i was little. I dreamt of having a wonderful wedding. I dreamt that, i’m gonna be the happiest bride in the world for my wedding. But now, it’s all seem impossible. I am about to marry a complete stranger. I am about to spend my life with a man i barely know at all. I am about to do the most stupid things that any girl would  ever done in their life...

“oit, kau ni apsal? Tadi elok gelak-gelak buat lawak bodoh, ni apsal monyok pulak ni” mungkin riak muka aku terlalu jelas sehinggakan Maria pun boleh perasan.

“takder lah, letih je kut. Jumlah balik. But sorry lah my friend, tomorrow and for the whole next week you are on your own ok! Aku balik lepas cuti nanti tau, so sepanjang minggu depan aku takde kat sini tau” yep, memanglah aku kan nak bertunang lagi beberapa hari lagi ni.

ah man...”

“ah jangan kau nak berdrama kat sini Maria. Jum balik!”
Dan dengan itu, terus saja kami berdua balik..

Besok, kalau mengikut apa yang mak cakap petang tadi, Amir akan datang ke rumah. Kononnya untuk berkenal-kenalan dengan aku dulu sebelum kami bertunang. Eleh... lagi beberapa hari  nak bertunang baru nak datang jumpa aku. Hampeh betul!

 akan bersambung....

long case= salah satu ujian yang memerlukan pelajar berinteraksi dengan pesakit secara langsung
P/E= physical examination, seperti periksa nadi, tekanan darah dan lain-lain.
Conduct labour= sambut kelahiran bayi, bagi pelajar tahun ketiga selalunya untuk   O&G posting.
Complicated patient in labour= selalunya yang ada masalah darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, songsang dan kembar.


Saturday, 12 November 2011

stetoskop pink


Ain Zulaikha....ada apa pada nama ini... aduhh... berat rasanya tanggungjawab yang harus di pikul.
“ Iye... saya...” lamunan aku terhenti, jantung terasa mula mengepam darah dengan laju....kalau di ambil bacaan tekanan darah ni, silap-silap di diagnos darah tinggi ni, entah-entah terus severe hypertension which is the systolic pressure more or equal to 180 mmHg and the diastolic pressure more or equal to 110 mmHg.... oh shit!   apa yang aku merepek ni.... Astaghfirullah.....relax Ain...relax Ain... ni kerja senang aje ni...

Aku bingkas bangun dari kerusi  lalu masuk ke dalam bilik di hujung koridor itu, perempuan berusia pertengahan tahun , berbadan sedikit gempal, emmm.... muka macam mak-mak orang.... senyum.... ehhhh... dier senyum kat aku lah... gigi putih nyer.....

“ Adik masuk sekarang, and good luck eh....” nurse yang chubby tu sempat memberi kata-kata semangat kepada aku...

Masuk- masuk saja, ada seorang wanita berusia pertengahan tahun. Makcik tu kelihatan letih saja, mana tak nyer, sudah berapa orang student yang clerk dier.

“ mak cik, selamat pagi, saya Ain Zulaikha, pelajar perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Boleh saya periksa mak cik?” lancar sungguh ayat-ayat tu keluar dari mulut aku, padahal tuhan sajalah yang tahu betapa lajunya jantung aku berdegup macam atrial fibrillation pun boleh gak ni...

“ awak clerk dulu, semua peralatan, bp set, thermometer, weight scale ada kat meja depan situ. Kalau ada apa-apa, saya ada kat depan tu juga ye”  terang nurse Rosmah Mansor ...ehhhh... silap terang nurse Rosmah kepada aku sebelum dier pun berlalu pergi. Good. Sekarang boleh lah aku fokus dekat patient ni. 


                                               ***


Fuhhh......ni lagi 15 minit lagi ni.. mak cik ni janganlah nak tidur pulak....

“mak cik....” panggilku perlahan sambil menggoyangkan kaki mak cik tu.

“ye..” jawab mak cik tu sambil membuka matanya perlahan..

Kesian pun ada juga tengok mak cik ni sudah keletihan, tapi ini hal lulus gagal  exam...mana boleh di toleransi.

“mak cik, maaf ye. Saya nak ambil tekanan darah mak cik sekejap ye.” Fuuhhhh... nasib baik da siap ambil history taking dan  physical examination. Boleh lah mak cik ni sambung tidur lagi ek. Hahhaha.... mintak-mintak student yang lepas aku ni terus tak dapat  clerk mak cik ni..... Astaghfirullah..... niat da jahat.....macam mana tuhan nak tolong aku ni.

“ Ok, time’s up. Awak masuk bilik examiner 2 ye.” Alahai nurse Rosmah, kenapalah cepat sangat puan kira masa, entah-entah jam puan da rosak kot.

Perjalanan dari katil  patient ke bilik examiner terasa laju gila.

Tuk..tuk..

“Come in”. Suara Prof Alex menyuruh aku masuk. Omaigod!!!. Aku dapat Prof Alex, yang terkenal ngan gelaran silent killer. Fail lah aku macam ni.

Ok be cool Ain, you can do it... gebang aje.... mana tahu dia suka dengan level of confident engkau.
Morning professor, doctor.” Oh doctor Wan pun ada juga. Fine, doctor Wan ni senior cakap akan tolong  student. Hopefully...

“can i start presenting my case now?”
“yes, you may begin”


                             ***

“ What?!, why you said that?” Prof Alex, dengan muka berkerut, pandang aku. Aku da cakap fakta yang salah ke?

“ From what i read, it does say that these kind of patient doesn’t need any dialysis....”

“ What book did u read?” oh damn...... rasa macam huruf gagal terapung-apung saja kat depan aku...

Aku terus senyap, kata-kata Prof Alex tu bagaikan satu tamparan hebat. Selepas itu, aku kurang fokus, apa yang Prof Alex dengan Dr. Wan Tanya pun aku tak berapa jelas. Habislah aku..... hanya keajaiban sahaja yang boleh selamatkan aku sekarang.

Kring....

“ok, times up” mendatar sahaja suara Prof Alex menghalau aku dari bilik examiner 2 tu.


                                      ***

Keluar sahaja dari bilik examiner 2, Mira terus senyum dekat aku. Huh, dia rupanya lepas aku. Good luck lah kawan ku..aku punya sudah hancur..

“good luck” , bibir sahaja yang bergerak suaraku sperti tersekat di kerongkong. Aku sedekahkan sekali senyuman hambar pada Mira ni.

Arghhhhh!!!.. penatnya.. di bilik kuarantin, rakan-rakan yang lain sibuk membincangkan kes yang mereka dapat. Ya Allah, kenapalah dengan mereka ini? Duduk sajalah diam-diam tak payah lah nak semakkan fikiran aku dengan cerita-cerita macam mana diorang dapat meng’impress’kan examiner.

“kau dapat kes apa tadi?” ceria saja suara Maria bertanya padaku. Amboi, siap senyum lebar lagi ni. Mesti minah ni dapat jawab lah ni.

“emmm... entahlah renal disease. Maybe polycystic or end stage renal failure, well not really sure. Aku penatlah, dah boleh balik ke belum ni? Jomlah balik wei, aku drive tadi” aku malas nak bincang lagi pasal kes aku. Maria pun faham, dia pun terus lipat lab coat dan ikut aku keluar.


                                        ***


“ Aku yakin, gila-gila yakin yang aku baca treatment dier lain lah. Tapi apsal Prof Alex tu cakap aku salah” dengan penuh yakin aku berdebat dengan Intan, roommate ku.

“Hoi cuba ko kasi tahu, apa significant kene buat haemodialysis?” Intan bengang dengan kedegilan aku.

Well of course lah sebab....” Ya Allah rasa macam nak tercabut saja jantung aku masa itu, bukan atrial fibrillation saja, sudah macam cardiac arrest .

“ Ya Allah, Intan. Kenapalah aku tak fikir panjang masa aku jawab soalan prof tadi?kenapalah aku bodoh sangat?” muka aku terasa hangat, darah mengalir dengan laju.

“Dah lah, Ain. Kau janganlah fikir banyak-banyak lagi. Mungkin soalan yang lain kau boleh jawab. Sekarang ni, baik ko fokus untuk paper teori. Selagi boleh usaha, jangan kau nak give up pulak.” Pujuk Intan. Dia ni memang roommate yang mithali.

                                                     ***

Sudah seminggu, peperiksaan bagi posting medicine berlalu. Keputusan peperiksaan pun masih belum lagi keluar. Namun, di sudut hatiku, aku yakin, ia pasti teruk. Arghhh.... lantaklah. Apa nak jadi jadilah. Yang penting pengalaman yang lalu mengajar aku supaya, semasa menjawab soalan jangan main ingat teori sahaja, haruslah guna logik akal juga.

                                          


Akan bersambung...

















































































Sunday, 18 September 2011

rumahku yang adventurous 2

Ok... sambung cerita semalam..

Lepas kitorang semua naik atas, kitorang mula lah fikir bukan-bukan. Sebab memang confirm yang tadi semua orang nampak wan kat depan bilik dier pakai telekung tapi kaki tak nampak lah kan da tangga halang. Lepas  lepak-lepak jap, zohor pulak dah nak habis. Akak aku ni alim jugak lah. Adik-beradik aku yang lain kalau belum baligh tuh jangan harap nak solat penuh, tapi dier nih memang rajin solat. Bangga mak bapak aku ader sorang anak beliau yang solehah..hahhaha..

Jadi, dier ni pun takut nak turun sorang-sorang. Bilik akak aku tuh kat tingkat tiga paling hujung sekali dekat pintu nak keluar. Bilik air pulak, ader dua jer semua kat bawah paling hujung dekat pintu dapur pulak. Kira nya mcm utara dengan selatan jugak lah beza nya. Sekarang ni, kitorang semua bertiga. Kalau akak aku turun berdua, sorang kene tinggal kat atas. Nak tak nak tiga-tiga pun turun sama, tapi kali ni turun relax-relax jer takder lah lari-lari. Habis ambil wuduk, naik balik atas nak sembahyang. Yang sembahyang nya akak aku sorang je time tu, aku ngan adik aku jadi guard je kut. Patutnya, time-time cam ni lah nak kene kuatkan pendinding, tapi tak pelah kut, budak-budak lagi ...di maafkan..takda akaun lagi..

Selesai semua sembahyang, wirid, doa, sambung lepak-lepak atas katil. Di sebabkan bosan duduk terperap dalam bilik kitorang pun main nyanyi-nyanyi. Yelah, kitorang bukan orang kaya, mana ada tv sebijik sorang dalam bilik. Paling banyak pon, setiap tingkat mesti ada tv sebijik. Playstation lagilah, ape ke binatang nya itu...Tapi sebab da takut, takda sape berani keluar bilik , aku yang kaki tv ni pun boleh tewas hari tu.

Yang hampeh nya, kitorang semua pergi pakat nyanyi lagu ulek mayang. Ye ULEK MAYANG.... tapi edited version lah... kitorang tukar lirik dia...buat versi gila-gila. Take 5 lepas nyanyi, ambil nafas jap, time tuh.....jeng-jeng...keluar lah bunyi-bunyian yang dalam edited lirik kitorang tadi.

Ini lirik asal( aku google wei...salahkan pak goo kalau lirik slah):

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Yang edited version( sila jangan gelak):

Yang bodoh di sepak-sepak
Yang bodoh di cubit-cubit
Yang bengong di lempang-lempang
Yang bengong di ketuk-ketuk


Ok, kitorang adik-beradik memang gila-gila sikit,  lagipon masa tu memang bosan gila kan itulah yang keluar semua lirik yang hampeh-hampeh tu.

Masa tu, kitorang dengar bunyi orang ketuk-ketuk dan tampar dinding. Ada juga dengar suara lelaki, ingatkan abang aku da balik. Kitorang jerit lah, nama abang aku. Tapi dia tak sahut pulak. Memang tak berani nak turun bawah untuk tinjau sapa yang datang ketuk-ketuk rumah. Lepas tu sambung balik nyanyi, ingat kan nak confirm kan bunyi-bunyi an asing tadi tuh. Kali ni lagi ganas, tak berhenti nyanyi lagi da dier ketuk-ketuk dengan tampar-tampar dinding ngan pintu.

Beberapa jam lepas tuh, barulah mak aku balik. Yeehaaa!!.. baru boleh sambung tengok tv, tadi takut. Dan memang sah, wan aku ikut sama ngan mak aku. Beberapa hari lepas tuh, jiran-jiran aku boleh perlekeh kan kitorang tau. Dia report ngan wan aku yang hari tuh, kitorang semua macam budak-budak yang hilang arah lah, dok lari-lari sambil  jerit-jerit panggil wan aku kat sekeliling rumah ngan rumah-rumah jiran. Ciss!.. aku tau diorang sebenarnya jeles sebab cucu diorang tak pernah cari diorang sampai mcm tu sekali.  Warga emas yang terpulau...

Yang lawak nya, jiran depan rumah aku ada cakap yang hari kejadian tu, ada orang indon kut datang jual kain.  Itu lah bunyi ketuk-ketuk pintu tu.Tapi bila tanya, indon tu laki ke perempuan, jiran aku cakap perempuan. Jadi persoalan nya suara lelaki yang jerit hoi!! Kat kitorang hari itu sapa sebenarnya???  Adakah indon itu perempuan yang bersuara lelaki???? Sampai sekarang aku konfius, dan ye, “wan” yang kitorang nampak tu pun masih lagi menjadi tanda soal a.k.a ?

Sebenarnya, cerita ni takda lah seram sangat sebab benda tu menjelma jadi arwah wan aku. Nampak suci je lah.  P/s wan aku hanya bela ayam ngan kucing je...jangan nak buat gossip liar pulak ek.

Sepanjang aku duduk dekat kampong tu, macam-macam da aku kene, cuma tak ganas saja lah. Nanti lah aku cerita ek.....adioss...