Ok... Aku nak cerita sebuah kisah yang aku rasa... erm... agak seram jugak laaa.. kisah ni berlaku time kat hostel universiti tempat aku study dulu... alkisahnye macam ni.. aku ni peminat setia Siti Nurhaliza... semua lagu-lagu dia aku hafal... boleh nyanyi dengan merdu lagi.. hehe :p so, time tu... lagu Siti yang paling popular ialah lagu-lagu berirama tradisional... macam lagu dondang dendang, lagu hati kama... dan yang paling aku suka lagu cindai... suara siti time ni.. fuhh... memang menyengat.. (sekarang pon still menyengat lagi) :p
setiap saat aku nyanyi lagu tuu.. especially part yang cindailah mana~~ tidak berhias~~ ....(sila sambung sendiri) dan kebetulan pulak, rumate aku pon suka dengan lagu tu... so, ape lagi... hari2 la kami nyanyi lagu yang sama... rumate aku ada radio yang sekali dengan kaset tu.. so.. biasanya rumate aku akan bukak lagu dulu sebelum kami tido... aku pon layan je la... lagi2 lagu yang aku minat... heaven gila time tido...
Nak di jadikan cerita, suatu hari tu.. aku tertido awal daripada rumate aku.. mungkin kerana keletihan selepas seharian mengejar ilmu... :p sedap2 tido.. aku terjaga.. tengok jam, baru pukul 3 pagi.. masih awal untuk bangun... lagipun aku uzur tak boleh nak mengerjakan solat tahajudd dan solat-solat sunat yang lain. Aku pandang sekeliling... aku tengok rumate aku masih terduduk tegak dekat kerusi meja belajar... rambutnya yang memang panjang dilepaskan... mula-mula hairan jugak aku.. sebab minah ni kalau time study, memang selalu sanggulkan rambut.. erm..
“mungkin sejuk kot malam ni... so, dia tak rasa rimas kalau lepas rambut..” bisikku..
Aku pon dengan ramah bertanya kepada rumate ku itu “ Wan, ko tak tido lagi? nanti time ko nak tido, perlahankan kipas ye... aku sejuk la...”
“erm...” balas Wan. Pendek. Ringkas.
Aik, ape kena dia ni... gaduh dengan boipren la tu. Wan ni dah ada boyfriend. Memang dah jadi lumrah, kalau dia gaduh dengan boyfriend dia, apa je yang kita cakap... apa je yang kita tanya.. dia akan jawab pendek je. Alah. orang tak de mood la katakan.
Aku pon malas nak cakap banyak. Aku nak sambung tidur. Baru je aku nak pejamkan mata, aku dengar kerusi study Wan diseret. Wan dah habis study. Aku buka sikit mata aku. Aku nampak dia perlahankan kipas dan terus berjalan menuju katil. Untuk pengetahuan korang, katil kami ni parallel to each other dan dipisahkan oleh sebuah lampu meja. Aku intai dia sikit. Aku nampak dia baring menghadap ke arah aku. Aku lihat matanya tertutup rapat. Sah! Dia mesti tengah bergaduh dengan boyfriend dia.
Aku pun tutup la mata. Niat nak sambung tidur yang tergendala. Tiba-tiba.. sayup kedengaran lagu cindai.. mendayu-dayu.. dalam hati aku, ni Wan la ni buka radio time nak tido. Aku pun layan la sekali lagu tu.. makin lama.. makin kuat lagu tu... mendayu-dayu.. mendayu-dayu.. Keadaan yang memang sedia ada sejuk menambahkan perasaan lain dalam hati aku. Peluh mula membasahi dahiku. Aku masih memejamkan mata. Aku dengar betul-betul lagu tu. Aku berharap sangat lagu tu cepat habis dan digantikan dengan lagu lain.
Fuhhh.. masa yang ditunggu-tunggu pon tiba. Lagu cindai yang agak menyeramkan tu pon dah abis. “Lepas ni mesti lagu hati kama.” detik hatiku. Hampir luruh jantungku
Tapi sangkaan aku nyata meleset. Wan pulak sambung nyanyi lagu cindai tu dengan mendayu-dayu. Oh Wan, apsal lah malam ni kau bersemangat sangat nyanyi lagu cindai ni. Makin lama, makin nyaring suara Wan. Aku bukak lah mata nak intai si Wan ni. Tapi apa yang aku Nampak adalah pengalaman seumur hidupku yang paling menakutkan. Sumpah , biarlah itu yang pertama dan kali terakhir aku menghadapinya.
Perlahan-lahan aku membuka mataku. Aku nampak, sekujur tubuh berkain putih menhadap aku. Dalam samar- samar aku Nampak Wan pandang ke arah aku. Tapi rupa dia sangatlah menakutkan. Mata Wan bertukar menjadi merah menyala sambil darah menitis-nitis keluar dari matanya. Makhluk tu menyeringai ke arah aku. Serta merta bilik aku bertukar menjadi sangat busuk. Aku nak lari, tapi mata aku terpaku ke arah makhluk tu.
Ya Allah … tuhan saja lah yang tahu betapa takutnya aku pada masa tu. Lepas tu bunyi kucing bergaduh kat luar bilik telah buat aku tersentap lalu dapat mengalihkan pandangan dari mata merah makhluk tu. Cepat-cepat aku bangun dari katil lalu berlari keluar bilik. Tapi setan tu memang lah jahat benar, serentak dengan itu, bilik aku dipenuhi dengan kabus dan makhluk tadi terbang sambil mengilai ke arah tingkap.
Selepas tu aku tak ingat apa-apa dah. Sedar-sedar aje, Wan kejutkan aku. Seharian aku demam, aku juga mengelakkan diri daripada Wan selama 3 hari. Seminggu lepas tu, bila semangat aku da datang,baru aku berani ceritakan pada Wan apa yang telah terjadi. Seperti yang aku jangka, malam tu Wan sebenarnya tak balik bilik pun. Dia pergi study kat bilik kawan.
Selepas kejadian itu, sumpah aku dah tak bukak radio malam-malam, lagu siti pun aku dah tak berani layan, especially lagu cindai yang berhantu tu!
Lepas tu sampai sekarang, kalau aku berjumpa dengan Wan, aku takkan pandang tepat ke arah mata Wan lagi. Biji mata merah yang berdarah tu masih lagi terimbau-imbau dalam memori aku.
0 warkah bicara:
Post a Comment